Apabila kita dilahirkan,kita datang berserta dengan minat untuk belajar.Cuba kita lihat kepada bayi,mereka tidak bimbang apabila melakukan kesilapan atau perkara yang memalukan diri sendiri.Setelah melihat orang dewasa berjalan,mereka dengan semangat untuk belajar mula belajar merangkak,mereka berjalan,mereka jatuh,mereka bangun dan berlari ke hadapan.Mereka tidak pernah berputus asa kerana gagal dan mereka tidak terfikir bahawa mereka telah gagal.Bayi-bayi ini hanya menyangka mereka sedang belajar.
Bayi menunjukkan kepada kita ciri utama orang yang berjaya dalam semua bidang seperti sukan,perniagaan,ahli akademik dan lain-lain adalah belajar sepanjang hayat.Orang yang berjaya melihat kegagalan sebagai satu peluang untuk belajar.
Asasnya,perkara yang saya cuba sampaikan kepada semua jurulatih pembangunan ialah anak-anak dilahirkan dengan minda pertumbuhan.(Pemikiran untuk mencapai kejayaan melalui pembelajaran dan menambah baik, bukan sekadar untuk menang).Setiap anak mengimpikan untuk menjadi seorang anak yang berjaya.
Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa otak lebih seperti otot-ia berubah dan menjadi lebih kuat apabila anda belajar.Sambungan sel-sel kecil di dalam otak sebenarnya berlipat ganda apabila anda mencabar minda anda untuk belajar.Semakin banyak anda belajar,semakin banyak sel otak anda akan berkembang.
Ini akan menjadi satu cabaran bagi jurulatih pembangunan kerana anda berada dalam persekitaran yang mementingkan kejayaan melebihi perkara-perkara lain.Kejayaan atau kegagalan kanak-kanak ini dipertontonkan di khalayak ramai,diterbitkan di akhbar dan di tulis dalam buku rekod.
Jangan biarkan persekitaran seperti ini membentuk diri anda.Anda sebagai seorang jurulatih diamanahkan untuk membimbing kanak-kanak ini.Jadilah seorang jurulatih yang prihatin dan mementingkan kemajuan kanak-kanak dalam bidang sukan serta akademik.Bimbing mereka teknik pembelajaran dan kemahiran dan latihlah mereka secara kerap.Pembelajaran dan peningkatan adalah tumpuan utama anda.
Metafora dua sisi duit syiling juga boleh digunakan untuk latihan iaitu jurulatih yang mempunyai pemikiran pertumbuhan dan jurulatih yang mempunyai pemikiran tetap.Secara ringkasnya,jurulatih yang mempunyai pemikiran tetap lebih mementingkan reputasi dan kebanggaannya sahaja.Jurulatih pertumbuhan pula tidak mementingkan diri sendiri,ia mempunyai semangat dan kesabaran untuk mengembangkan minda kanak-kanak.Pemikiran pertumbuhan ini baik dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.
Terdapat satu pepatah umum dalam sukan iaitu " Sukan adalah kehidupan dan kehidupan adalah sukan".Saya percaya pepatah ini bermaksud perkara yang anda belajar dalam sukan akan menjadi aset dalam hidup anda.
Dua nilai daripada sukan yang akan membantu anda meneruskan kehidupan ketika dalam keadaan sukar ialah ketabahan dan daya tahan.Ini bersesuaian dengan kata-kata popular dalam sukan iaitu " Apabila keadaan menjadi sukar,kesukaran kersebut akan kuatkan semangat dan mengharungi saat itu dengan berani.
Kanak-kanak adalah masa depan kita.Jadilah jurulatih pembangunan yang terus belajar bersama dengan anak-anak.Ingatlah,apabila program perkembangan anda merangkumi kecemerlangan,keupayaan pembelajaran kanak-kanak tidak terbatas.Tetapi apabila program perkembangan anda merangkumi kesederhanaan,keupayaan pembelajaran kanak-kanak akan terbatas.
Terimakasih
No comments:
Post a Comment