Friday, April 26, 2019

Peringkat Perkembangan Mental Dalam Sukan-(Ibu-Bapa)

Beberapa tahun yang dahulu,Majlis Olimpik Amerika Syarikat telah menjalankan satu kaji selidik terhadap semua pemegang medal mereka sejak Olimpik Melbourne,Australia pada tahun 1956 hingga Olimpik Los Angeles,Amerika Syarikat pada tahun 1984.Salah satu soalan yang diajukan ialah:Siapakah motivator di sebalik kejayaan mereka?Majoriti para pemenang memilih ibu-bapa mereka sebagai penggerak utama dalam kecemerlangan mereka.

Walaupun kajian diatas dijalankan agak lama dahulu,tanpa sebarang keraguan boleh dinyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak dalam bidang sukan atau akademik.

Kita pasti pernah terdengar atau terbaca banyak kisah kejayaan olahragawan atau olahragawati, individu yang yang menjadi penggerak dan penggera di sebalik kejayaan mereka adalah ibu bapa mereka.

Sekarang,izinkan saya kongsi sebuah kisah tentang ibu bapa di sebalik kejayaan dua juara tenis yang paling terkenal di dunia (sumber diperoleh daripada buku " Bounce",ditulis oleh wartawan pemenang anugerah dan Olympian,Matthew Syed).

Richard dan Oracene merupakan ibu bapa kepada juara tenis terkenal iaitu Venus dan Serena Williams.

Sebelum ini,Richard dan Oracene tidak pernah bermain tenis.Ini tidak menghalang mereka untuk belajar bermain tenis supaya dapat bermain bersama dengan anak-anak perempuan mereka.

Impian untuk melahirkan juara tenis,Richard telah mengambil masa dan menghadapi cabaran untuk belajar cara melatih,menonton video bekas bintang tenis,membaca majalah tenis dan berbincang dengan beberapa pakar psikiatri dan jurulatih tenis.

Walaupun mereka menetap di kawasan yang mempunyai masalah ekonomi,ini tidak menghalang Richard dan Oracene menyediakan persekitaran yang sesuai untuk anak perempuan mereka berlatih.Seterusnya,Richard mengajar anak-anak perempuannya tentang pengetahuan terbaik yang diperolehnya dalam bidang sukan.

Venus,pernah memuji ayahnya," Ayah saya bekerja keras untuk membina teknik kami.Beliau sangat inovatif dan sesi latihan kami penuh dengan keseronokan dan keterujaan.Ini mendorong kami untuk memulakan latihan sebelum ayah kami tiba.Beliau merupakan seorang jurulatih hebat."

Apabila Venus berumur dua belas dan Serena berumur sebelas tahun,Richard telah mengundang pakar jurulatih iaitu Rick Macci untuk menonton anak-anaknya bermain.Rick Macci pernah melatih bintang-bintang tenis seperti Mary Pierce dan Jennifer Capriati.Rick Macci kagum dengan kemahiran dan seni olahraga yang dimiliki dua beradik ini.Beliau telah mengajak mereka untuk berlatih bersama di akademi miliknya di Florida.Seterusnya adalah sejarah.

Satu perkara menarik yang dapat diperhatikan ialah sebagai ibu bapa Richard dan Oracene telah memilih sukan yang akan memberi ganjaran kewangan kepada anak-anaknya apabila mereka mencapai kejayaan.

Tiada perkara yang lain yang lebih baik bagi ibu bapa selain melihat anak mereka membesar sebagai seorang individu yang berjaya dalam sukan serta mampu menjana pendapatan melalui perkara yang mereka suka lakukan.

Satu lagi perkara yang perlu ibu bapa ketahui ialah kebanyakan kanak-kanak yang mengambil keputusan untuk menceburi sukan tertentu akan kurang minat terhadap akademik mereka.Ibu Bapa perlu mengatasi masalah ini dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan di sekolah atau tuisyen.Ibu bapa juga perlu beri perhatian khusus terhadap subjek matematik.Saya dapati matematik merupakan perkara asas kepada pengetahuan.

Terdapat satu ketika kita hidup dalam persekitaran yang dikelilingi oleh banyak tumbuhan berbanding batu bata.Masa berubah,hari ini kita lihat lebih banyak batu bata daripada tumbuhan di sekeliling kita.Sebagaimana persekitaran berubah,begitu juga keinginan seorang anak.

Pada suatu masa sukan menjadi satu-satunya sumber keseronokan dan keterujaan kepada dunia.Hari ini pusat membeli-belah,taman hiburan,kabel TV,permainan video dan pelbagai platform media sosial seolah-olah telah mempengarahui minda anak-anak ini.

Seorang kanak-kanak adalah seorang kanak-kanak,membawa lilin supaya diterangi dan dibimbing oleh ibu-bapa mereka.Ini kerana setiap perkara yang diterima anak daripada persekitaran akan membentuk fikirannya.

Ibu bapa,jadilah cahaya yang akan membimbing anak anda.



Terimakasih.








No comments:

Post a Comment