Bayangkan kita sebagai dua orang rakan duduk di dalam sebuah stadium untuk menonton perlawanan bola sepak antara dua pasukan yang pemainnya terdiri daripada kanak kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.
Melihat kanak-kanak ini berlari sambil mempamerkan kemahiran mereka yang tersendiri merupakan suatu kegembiraan.Ini hanya boleh dicapai bila kita mewujudkan persekitaran yang dapat memupuk semangat semula jadi di kalangan kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak meminati sesuatu, isu kurang tumpuan dan bosan tidak akan timbul.Mereka akan berasa gembira melakukan perkara yang mereka minati.
Ketika kanak-kanak mula berasa bosan,mereka akan berhenti belajar dan mula keluar dari sukan tersebut.Mereka dari semasa ke semasa akan mula mencari sesuatu yang mampu memberi keseronokan kepada mereka.
Sebaliknya,sewaktu kanak-kanak berasa gembira mereka akan cenderung untuk belajar.Rasa bosan menyebabkan mereka muram dan seterusnya menyebabkan mereka tidak bersemangat serta hilang minat untuk belajar.
Ya,mungkin itulah situasi yang sedang berlaku pada hari ini,kadar belia yang keluar dari sukan semakin meningkat.Mereka yang berada dalam program elite pula tidak dapat dipersiapkan untuk menjadi antara yang terbaik di dunia.
Melalui pemerhatian and pengalaman saya sebagai seorang jurulatih,tahap perkembangan mental dari usia 0-16 tahun lebih berorientasikan pembelajaran dan dari usia 17 tahun keatas berorientasikan kejayaan dalam latihan dan persaingan(kecuali bagi sukan yang memerlukan ketangkasan dan fleksibiliti sebagai kunci kejayaan seperti gimnastik,renang dan lain-lain yang memerlukan kemahiran sejak peringkat awal iaitu usia bawah 17 tahun).
Terdapat proses pembelajaran yang berbeza di antara tahap perkembangan dan masa remaja(17+).
Di peringkat pembangunan,kanak-kanak perlu didedahkan kepada persekitaran yang dipenuhi degan keseronokan supaya mereka berasa gembira.Bimbingan jurulatih pembangunan yang mampu memahami kehendak kanak-kanak tersebut diperlukan bagi memulakan proses pembelajaran.
Pada peringkat remaja pula,mereka perlu memahami kehendak dan perkara yang ingin dicapai oleh jurulatih dalam sesi latihan dan pertandingan(berorientasikan kejayaan).
Bagi kanak-kanak,mereka belajar daripada perkara yang dilihat.Mereka sentiasa ingin belajar teknik,idea dan strategi baru.Jurulatih pembangunan perlulah berinovatif dalam memenuhi perasaan ingin tahu kanak-kanak.
Latihan yang diberikan perlulah dalam persekitaran yang sentiasa mendorong kanak-kanak untuk belajar bagi mengekalkan semangat mereka dalam sukan tertentu.Seterusnya,akan mendorong perkembangan minda kanak-kanak.
Seorang jurulatih melangkaui semua peranan ini ialah seorang guru.Saya percaya bahawa tugas utama seorang jurulatih ialah melatih minda.
Seseorang jurulatih suka jika menang dalam sesebuah pertandingan,namun jurulatih pembangunan tersebut perlu faham terdapat perkara lain yang lebih penting berbanding kemenangan atau kekalahan dalam sesebuah pertandingan tersebut.Jurulatih tersebut dapat melihat pembangunan nilai, personaliti, perkembangan pendidikan dan nilai kemanusian.
Akhir kata,ada satu peribahasa yang cukup bermakna yang penulis nak simpulkan topik diatas, iaitu, " Kalau nak lenturkan buluh,biarlah dari rebungnya;maksudnya mendidik atau mendisplinkan anak-anak lebih baik bermula semasa kecil,apabila sudah dewasa minda mereka telah dibentuk dan sukar diajar.
Terimakasih.
Nota: Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Abdul Hamid Bin Moiden kerana sudi mengambil masa untuk membimbing penulis dalam Bahasa Malaysia.
No comments:
Post a Comment